Testimoni

TESTIMONI PENGGUNA


Testimoni 1
"Sakit Tulang Belakang Tahap Kritikal"

Nama : Nurliana Binti Jasmani
Umur : 25 Tahun
Pekerjaan : Guru
Asal : Pontian, Johor


Tahun 2002, saya telah disahkan menghidap penyakit tulang belakang. Pada tahun 2006, saya secara kerap telah berulang alik ke Hospital Sultanah Aminah, apabila melakukan X-ray, didapati masalah sakit tulang belakang saya bertambah kritikal. Saya hanya dibekalkan ubat penahan sakit dan kalsium tambahan sahaja. Doktor mengesyorkan supaya membuat pembedahan dan jika tidak saya akan lumpuh seumur hidup dan 10 tulang belakang saya akan digantikan dengan 10 batang besi yang mana setiap satunya bernilai RM2000. Oleh itu kos keseluruhan adalah RM20,000 tidak termasuk kos pembedahan dan kos pembiayaan hospital. Pada tahun 2008 seorang kawan saya telah memperkenalkan Premium Beautiful. Hasilnya dalam tempoh 12 bulan saya memakainya secara konsisten, sakit tulang belakang saya telah pulih 100% tanpa sebarang pembedahan. Doktor telah mengesahkan bahawa saya adalah 1 pesakit diantara 1000 pesakit tulang belakang yang kritikal yang selamat. Kini saya telah berkahwin dan mengandung tanpa sebarang masalah. Selain bertubuh sihat, berat badan saya juga telah bertambah. Terbukti Premium Beautiful "bukan sebarang pakaian dalam, malahan memang terbaik diantara yang terbaik". KEHIDUPAN MENJADI LEBIH BERMAKNA DAN SEMPURNA..TERIMA KASIH PREMIUM BEAUTIFUL!!!


Testimoni 2
"Masalah  Bentuk Badan dan Haid Tidak Teratur"

Nama: Normiyanti Binti Nordin
Umur: 34 Tahun
Pekerjaan : Guru
Asal : Kota Tinggi, Johor
Status : Berkahwin 5orang anak


Sebelum memakai pakaian dalam Premium Beautiful, ramai dikalangan sahabat saya mengatakan susuk badan saya sepeti seorang ibu yang berusia lewat 40-an. Paling ketara di bahagian perut yang buncit seperti mengandung lima bulan dan juga di bahagian payu dara seperti tidak kelihatan akan kehadirannya. Saya juga mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sehingga berminggu-minggu untuk kembali normal. Keadaan ini memberikan kesan yang mendalam terhadap rutin kehidupan saya terutama hubungan suami isteri dan saya sering tertekan serta kurang berkeyakinan untuk tampil di khalayak ramai. Kini semua igauan itu sudah berlalu sejak saya memiliki Premium Beautiful. Hasil pemakaian Premium Beautiful secara konsisten saya telah berhasil mengembalikan susuk tubuh menawan yang mana menjadi idaman setiap wanita dan mendapat pujian rakan-rakan yang begitu teruja dengan perubahan bentuk badan saya. Hubungan suami isteri juga bertambah intim. Ternyata kini, saya setia dengan premium Beautiful dan menjadikan Premium Beautiful sebagai sumber menambah pendapatan lumayan. "KECANTIKAN, KESIHATAN DAN KEKAYAAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN..."

Testimoni 3
"Senggugut dan Migrain"
Nama: Nur Atiqah Binti Zailan
Umur : 26 Tahun
Pekerjaan : Guru
Asal : Batu Pahat, Johor


Saya merupakan pengguna Premium Beautiful, satu-satunya pakaian dalam wanita dan juga korset yang sangat unik dan luar biasa. Sebelum ini saya memang mencari-cari satu korset yang sesuai untuk dipakai kerana lumrah wanita yang sememangnya inginkan kecantikan. Sehinggalah saya bertemu dengan Premium Beautiful pada 10 Disember 2010 ketika usia saya 25 tahun. Segalanya kini indah belaka kerana masalah senggugut dan migrain yang teruk sejak berusia 13 tahun kini hilang sekelip mata hanya dengan pemakaian Premium Beautiful yang konsisten selama sebulan. Kalau dahulu, saya terpaksa menanggung kesakitan selama 12 tahun akibat senggugut yang teruk kerana seminggu awal sebelum kedatangan period saya akan mengalami simptom seperti demam, loya, sakit pinggang, sakit perut, sakit kepala dan hari pertama, kedua dan ketiga semasa kedatangan period pun saya masih mengalami kesakitan yang teruk sehingga menyebabkan semua pergerakan terbatas. Paling teruk senggugut yang dialami juga menyebabkan migrain yang teruk sehingga pandangan menjadi kabur dan sukar melakukan kerja dengan selesa. Kesakitan tulang belakang yang ditanggung selama 10 tahun akibat kemalangan pun turut berkurang. Premium Beautiful juga memberi berat badan yang ideal kerana sebelum pemakaian berat badan hanya sekitar 37 - 34kg. Kini saya mempunyai berat yang ideal iaitu 45 - 46kg. Paling menarik, bahagian yang dahulunya kurang menonjol kini sudah berisi (payudara dan pinggul). Kesihatan semakin baik, kecantikan sudah dimiliki, keyakinan meningkat, kekayaan pasti akan dimiliki. Terima kasih Premium Beautiful..NYAWA yang menjaga HARTAKU..."PELIHARALAH HARTA WANITA DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL..."


Testimoni 4
"Ketumbuhan dalam usus, darah tinggi, sebu perut, sakit kaki (lenguh, linu, bisa-bisa)"

Nama : Tuminah Bt Lehan
Umur : 66 Tahun
Pekerjaan : Berniaga
Asal : Benut, Pontian, Johor

Ketumbuhan dapat dikesan di peringkat awal (tindakbalas dalam 1 minggu pemakaian) dan selamat di buang melalui pembedahan. Doktor pakar mengatakan nasib baik dapat dikesan awal kerana mengikut diagnosis ukuran, ketumbuhan sudah berada di dalam usus selama 6 bulan hingga 2 tahun, sedangkan beliau baru 1 minggu memakai Premium Beautiful. Jika lambat dikesan dan tidak dibuang, akan menjadi ketumbuhan yang semakin membesar dan pecah atau kanser dan mengakibatkan usus pecah dan jangkitan di organ lain yang boleh melumpuhkan sistem penghadaman, sistem pernafasan dan perkumuhan dan sudah tentu melibatkan nyawa. Sekarang, dengan Premium Beautiful juga, tekanan darah tinggi beliau kembali normal, tidak lagi sebu perut, kaki beransur pulih dan badan bertambah sihat dan cergas. ALHAMDULILLAH.


Testimoni 5
"Dari 66kg, kini hanya 58kg.."
Nama : Puan Wan Nazrina Zainal Abidin
Umur : 30 Tahun

Seperti kebanyakan wanita, saya berputus asa dan merasa rendah diri dengan bentuk badan yang kurang menarik selepas melahirkan anak malah saya kelihatan lebih berumur dari usia sebenar. Saya merasa tercabar apabila rakan-rakan, saudara-mara terutama suami menegur mengenai perubahan bentuk badan. Sebaik sahaja kembali dari Amerika Syarikat, saya berazam untuk melakukan apa sahaja untuk mengembalikan bentuk badan. Masalah saya selesai apabila saya diperkenalkan kepada pakaian pembentukan badan berjenama Premium Beautiful.

Setelah mencuba selama 5 bulan, tubuh badan saya yang kurang menarik telah mula terbentuk semula seperti zaman remaja dahulu. Daripada 66kg, kini berat badan saya hanya 58kg sahaja, yang paling membanggakan ialah suami telah memuji bentuk badan saya sekarang dan ini mengeratkan hubungan antara suami isteri dalam menempuh alam rumahtangga. Selain memiliki bentuk badan lebih menarik, saya kini berasa lebih cergas, sihat dan berkeyakinan kerana penyakit-penyakit yang dihidapi seperti lelah, migrain, gastrik, tonsil dan sengal-sengal sendi semakin berkurangan dan mulai sembuh.Dari pengalaman saya, untuk memiliki bentuk tubah yang menarik dan kesihatan fizikal berpanjangan merupakan aset yang paling berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang ringgit.


Testimoni 6
"Badan lebih segar dan migrain berjaya diatasi"

Nama : Puan Safiah Yosop
Umur : 33 Tahun
Status : Ibu kepada 2 puteri

Rekacipta pakaian dalam Premium Beautiful ini diperakui sendiri oleh Puan Safiah Yosop, berusia 33 tahun yang berpengalaman menggunakannya dan merasai kesan kepentingannya.  Menurut beliau, sebelum diperkenalkan pakaian dalam berjenama Premium Beautiful, tubuh saya kelihatan kurang menarik terutama selepas melahirkan anak ditambah pula peningkatan berat badan yang tidak seimbang dengan berat 68kg dan ketinggian 1.48m. Tubuh badan mengandungi lemak atau selulit terutama di bahagian perut, peha dan pinggul. Tetapi kini, selepas diperkenalkan dan menggunakan pakaian dalam ini, saya kini telah memiliki bentuk tubuh badan yang diimpikan termasuk penurunan berat badan serta tahap kesihatan yang memuaskan.

Menurut beliau lagi, sebelum menggunakan pakaian berjenama Premium Beautiful ini, saya telah mencuba pakaian dalam berjenama lain untuk beberapa bulan tetapi kurang berkesan. Ini berbeza sama sekali dengan pakaian dalam jenama Premium Beautiful yang juga menekankan keberkesanannya dari segi kesihatan. Masalah pusingan haid tidak teratur dapat diatasi, tubuh badan merasa lebih segar dan paling penting sakit kepala 'migrain' yang kerap dialami sejak bangku sekolah dapat diatasi. Alhamdulillah.



Testimoni 7
"Bentuk tubuh semakin menawan"

Nama : Puan Hasnah Mat
Umur : 41 Tahun


Walaupun telah berusia 41 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata, tetapi ramai yang menyangka saya berusia diawal 30-an. Ini semua adalah kerana bentuk tubuh saya yang semakin menarik. Setelah diperkenalkan oleh seorang rakan tentang kelebihan serta kebaikkan Premium Beautiful ini, saya mula tertarik. Menyedari kepentingan penampilan menarik bagi seseorang wanita itu, terutamanya saya yang berstatus janda ini, saya gagahi juga melabur untuk membeli pakaian dalam ini dengan harapan dapat mengubah penampilan saya yang menjadi puncah keruntuhan rumahtangga dengan bekas suami yang malu dengan penampilan dan bentuk tubuh yang tidak menarik dulu.

Rupa-rupanya pelaburan ini memang berbaloi!. Jika berat badan saya dahulu 79kg dan kelihatan seperti balak (sindiran bekas suami), kini dalam usia 40-an dan mempunyai anak sulong berusia 19 tahun, saya dapat memiliki bentuk badan yang menarik kembali seperti anak dara dahulu dengan berat 54kg.
 Ramai yang telah memuji bentuk tubuh saya ini, malah paling membanggakan bekas suami juga terkejut melihat perubahan bentuk badan dan penampilan saya yang sering memakai kebaya setiap kali datang melawat anak-anak.

Selain ia membentuk tubuh, ia juga berkesan membantu memulihkan sakit pinggang yang saya alami dahulu, datang bulan yang tidak teratur dan sering keletihan akibat kurang bertenaga.
 Kini, kehidupan saya semakin sihat, ceria dan bertenaga dalam menjalani aktiviti harian. Tambahan pula saya telah bergerak aktif dalam perniagaan ini. Alhamdulillah saya merupakan salah seorang usahawan yang semakin meningkat naik.

Testimoni 8
- Shadilah Hanum Abdullah perkongsian testimoni beliau semasa talk di Shah Alam;)
HoHo!!! Berat saya sebelum ini 110++kg, sekarang berat saya 80kg++, tanpa pil, tanpa teh pelangsing, tanpa bersenam, saya tak diet pun dan yang paling best saya boleh makan apa saja! Ya! Menakjubkan! Rahsianya....saya hanya pakai Premium Beautiful. Saya happy betul sekarang.

Testimoni 9
Tahniah!!! saya pengguna korset Beautiful hampir 6 tahun..tapi tolak 9 bulan 2x sebab dah 2kali bersalin. Saya setia menggunakan korset ini selama 8jam sehari dari umur 19 tahun sehingga umur 25 tahun. Nyawa kedua saya kerana saya selepas keluar dari bilik operation bersalin harta yang saya cari adalah bengkung hai-o. Pakai sendiri atas katil, then after 1week complete set saya gunakan. Sehingga kini saya hanya ada 1 sahaja korset sehinggalah ulang tahun ke-2 perkahwinan saya, suami saya berusaha membeli dan menghadiahkan kepada saya. Terima kasih Premium Beautiful Corset Hai-o kerana memberi kebahagiaan dalam rumah tangga dan kesihatan pada saya ;) ~ Mummy Stylo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan