Seperti yang kita sedia maklum, bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. Inilah lumrah kehidupan kita sebagai manusia dan hamba kepada-NYA yang tidak lepas dari menghadapi segala ujian dan dugaan yang 'WAJIB' untuk kita ditempuhi demi mencapai segala keinginan kita di dunia ini. Ini kerana kegagalan akan menanti kita dengan mudah jika kita tidak berjaya menghadapi setiap ujian yang datang dari Allah s.w.t. dengan hati yang redha, sabar dan tabah dengan istiqamahnya kita melaksanakan perintah-NYA dalam diri masing-masing.
Harus diingat yang kita dicipta dengan potensi dan kelebihan masing-masing yang telah Allah s.w.t tentukan sejak kita azali lagi. Kita bukan dicipta untuk menjadi seorang gagal dan tidak seharusnya kita bertindak seperti orang yang sentiasa berputus harapan kerana kita merasakan itu memang bukan rezeki kita. Ingatlah Allah s.w.t telah mencipta diri kita dengan segala kebolehan yang ada dalam diri dan kita hanya perlu mencari peluang dan mengasah segala bakat dan kebolehan dalam diri kita.
Perkara pertama yang harus kita lakukan adalah sentiasa fokus dengan apa sahaja yang ingin kita lakukan satu demi satu sehingga kita berjaya. Jangan berhenti kita gagal pada pertama kalinya. Kita perlu ingat dengan kegagalanlah kita mampu belajar, mengakui kesilapan kita dan memberi pengalaman berharga yang tidak ternilai sehingga kita mampu berjaya ke tahap yang kita inginkan. Fokus pada satu tindakan atau peluang yang ada dengan mencuba segala alternatif yang ada sehingga kejayaan dicipta pada akhirnya.
Putus asa jangan sekali.
Memang mudah untuk berkata-kata berbanding untuk bertindak, tetapi jangan lemahkan semangat dalam diri kita, perlu ada sentiasa aura 'positif' untuk melawan segala perkara atau 'cas-cas negatif' yang berada di sekeliling kita. Inshaallah, otak kita akan berfungsi secara 'neutral' dengan sendiri jika kita memandang segala perkara negatif dengan pandangan yang positif. Secara automatik, diri kita akan menjadi tenang dan sabar je walau dalam apa pun situasi yang kita hadapi. Ingat Allah s.w.t banyak-banyak dengan zikir dan tasbih kepada-NYA.
Perkara kedua, dalam kita telah melakukan kesilapan dan kegagalan, ilmu adalah penting untuk kita cari. Saya sendiri akui dengan mempelajari segala ilmu daripada buku-buku atau pakar-pakar dalam bidang masing-masing mampu memberi kita satu input yang berguna yang kita sendiri baru tahu dan tidak ketahui selama ini. Benar ilmu adalah penyuluh hidup kerana kita belajar daripada orang yang benar-benar faham dan pakar dalam bidang mereka masing-masing. Segala masalah dan kesalahan yang pernah kita lakukan, kita boleh perbetulkan dengan tidak melakukan kesilapan yang sama lagi, apa lagi jika kita telah banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang kita demi impian dan cita-cita kita. Semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tidak ketahui. Ilmu Allah s.w.t itu luas tak terjangkau oleh fikiran kita sebagai insan yang begitu kerdil ini. Jangan rasa diri kita ini hebat kerana ilmu yang kita ada kerana ilmu yang kita dapat tu hanya sekelumit sahaja jika dibandingkan ilmu Allah s.w.t.
Perkara ketiga, penting untuk kita perbetulkan niat kita untuk berjaya. Niat kita mesti seiring dengan doa kita kepada Allah s.w.t kerana apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini hanyalah kerana DIA sahaja sebagai hamba-NYA. Dengan niat yang betul, Inshaalah Allah s.w.t akan permudahkan segala urusan kita. Niat untuk diberikan rezeki yang halal, membantu orang susah, membantu keluarga dan banyakkan bersedekah. Ini juga pelaburan kita untuk berjaya tidak hanya di dunia, malah kejayan kita di akhirat kelak. Doa dengan penuh rasa ikhlas dan denga rasa rendah diri memohon kepada-NYA.
Oklah, itu adalah serba sedikit coretan saya untuk petang ini..dah nak magrib ni..tiba-tiba je terluah isi buku hati hari ni..semoga coretan ini memberi peringatan kepada kita dan diri saya sendiri..Inshaalah. Aminn. Saya insan yang lemah yang banyak kekurangan dan masih dalam proses belajar untuk mengejar kejayaan untuk dunia dan akhirat. Sedikit ilmu dikongsikan hasil daripada ilmu-ilmu yang yang saya baca sendiri yang memberi inspirasi kepada diri saya sendiri. Semoga kita dapat manfaat hari ini. Terima kasih.
Assalammualaikum...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan