Selasa, 13 Januari 2015

KHASIAT GARAM BULUH

Hari ni saya nak bercerita mengenai apa itu garam buluh dan khasiat yang terkandung dalam garam buluh ini berbanding dengan garam biasa yang selalu digunakan sebagai bahan utama masakan kita. Saya khususkan namanya sebagai Hai-O Garam Buluh.

Apa itu Hai-O Garam Buluh???

Hai-O Garam Buluh adalah garam yang dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga biji-biji bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Hai-O Garam Buluh membekalkan lebih banyak bahan mineral (misalnya magnesium, kalium, kuprum,ferum,zink dan sebagainya dan 200 lebih jenis elemen surih jika dibandingkan dengan garam biasa. Dengan menggunakan garam buluh semulajadi dalam masakan, kita akan mendapat nilai nutrisi lauk yang lebih baik dan menjadikan lauk menjadi lebih enak dan sihat.

PERBANDINGAN GARAM BULUH HAI-O DENGAN GARAM BIASA.
Garam Buluh : Garam yang dimasak di dalam buluh secara berulang kali dan ditutupi dengan tanah liat dan dibakar menggunakan pokok pine pada suhu 1000 degree dan akan menghasilkan cecair dan ketulan bernama garam buluh dan ianya bersifat alkali.

Garam Biasa : Garam buatan zaman moden mengandungi 99% Natrium Klorida dan bersifat asid dan banyak menggunakan aditif akibat proses pengilangan dan mengandungi bahan kimia.

Bahan berasid adalah punca kepada pelbagai penyakit kronik dan penduduk majoritinya mempunyai sifat asid yang boleh membahayakan kesihatan.

APAKAH KHASIAT DAN KEBAIKKAN HAI-O GARAM BULUH?

  • Mengawal PH Badan: boleh meneutralkan toksin berasid tinggi dengan cepat seperti asid urik, gula dalam darah, kolestrol dan lain-lain
  • Mencegah & merawat: penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggang, kencing manis, kanser dan lain-lain permasalahan kesihatan.
  • Membaiki masalah sistem penghadaman seperti gastrik, ulser perut, masalah usus, buasir, sembelit dan lain-lain.
  • Bagi pesakit jantung, buah pinggan, darah tinggi dinasihatkan menggunakan garam ini berbanding garam biasa.
  • Mempunyai kesan detoksifikasi, pembunuh kuman, anti keradangan dan meneutralkan logam berat, dengan itu ia amat berkesan untuk keradangan paru-paru, hati, buah pinggang, sendi-sendi, mulut dan perut serta lain-lain.
  • Melegakan masalah alahan, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit. Ia juga boleh menghindarkan masalah badan berbau, kulat di kaki (Hongkong foot).
  • Melambatkan proses penuaan, nyanyuk serta mengurangkan penyakit parkinson atau senile dementia.

Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan secubit garam Allah s.w.t akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja."

Dari Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda;
" Penghulu segala lauk pauk ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan